Pages

Sunday, 22 July 2012

Buka Puasa

Assalamualaikum Semua.

Hari ini kiranya dah masuk hari kedua kita berpuasa ( 2 Ramadhan 1433).So,aku tak tahu lagi apa yang sahur pagi ni.Kite tunggu je lah pukul 5 pagi nanti ibu kejut.Anak yang baik bukan??HAHA.(Peliss jangan tiru perangai buruk aku yer)

Semalam kan hari first puasa,amacam?Oke tak?Aku macam tak berapa okey lagi la dengan hari pertama.Ecehh macam kau baru first time puasa kan?Selama ni kau duk mengganti pose berderet tak ade pulak kau cakap tak okey kan?Sekali lagi propaganza di situ yer.Kenapa aku cakap sekali lagi?Sila lihat entri yang sebelum ini.Okeh aku tengah berlagak sekarang.

Dah berpuasa penat-penat,perut dah lapar sampai dah habis bunyi dia hasilkan dan masanya untuk kita berbuka.Yayyyyyy!Untuk first day puasa,juadah berbuka agak meriah la.Penuh jugak la meja makan.Yang ibu masak dah 4 jenis lauk ( ayam masak merah,sup daging,brocoli masak apa ntah & ikan singgang).Pastu abah pergi beli lagi lauk ( ikan percik) dengan sedikit kueh (Popia goreng yang garing bila makan bunyi kruk kruk pastu pulut panggang dengan inti ikan yang banyak). Perghhhh delicioussss.Pastu pekena dengan Milo ais dengan teo laici.Aku lebih prefer air yang berais.Tak payah nak tunggu dia sejuk dulu ke hape terus minum.Hehe.Aku kan tak penyabar orangnya.Welllll.

So,juadah korang macam mana?Mesti ohsem jugak kan.Ohsem ke tak ohsem ke janji bila dengar orang azan,baca doa makan pastu makan kurma sikit then proceed with your juadah okey geng?Terawih jangan lupa ye :)


Rasanya belum terlambat lagi kot nak wish :




note: Yayyyy esok Terengganu cuti !!


Sekian. LOve !

No comments:

Post a Comment