Pages

Sunday, 12 August 2012

Good News

Assalamualaikum Semua :)



Hari sudah 23 Ramadhan Conggak-conggak dalam seminggu lagi la nak raya.So,how's Raya preparation? Is  everything going well?Aku punya so far dah settle kot.Cuma nak tunggu raya pastu collect duet raya.Ehhh?Confirm aku dapat sikit.Dalam IC jer kata umur aku 21 tahun tapi luaran baru 18 tahun okay?HAHA



Ni aku bagitahu,aku dah dapat sambung degree.Alhamdulillah.Tapi aku tak dapat sambung kos yang aku ambil dulu masa diploma.Kira kos yang aku dapat ni macam terpesong sikit la kot tapi still dalam family(Fakulti) yang sama.Tak kira la apa-apa pun,janji aku dapat belajar.Maknanya sekarang aku adalah Bachelor of Engineering (Honors) Civil (Infrastructure) kat Uitm Pulau Pinang.Gempak takkk?Dalam bahasa ibundanya Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam (Infrastruktur).Saja jer buat gimik nak-nak raya nie.Aku kan hee.Kiranya 10 september nie aku dah start kuliah.Aku macam sayang nak tinggal semua nie sebab selama 4 bulan aku duduk rumah rasa macam sayang pulak nak tinggal.Nak kena tinggal bantal busuk sobssss.Masa dip dulu pun aku tak bawak pergi kolej sebab takut kena curikk *sila gelak dengan alasan yang tak berapa relevant ini*Tu je nak bagi tahu.




note : So dikesempatan ini,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua.Maaf lah kalau aku tulis macam ada perli-perli kat korang ke,cakap kasar ker.Aku mintak maaf okay?Kira kosong-kosong ye.Erm so sweettt la korang:) 



Sekian.LOve.

Thursday, 2 August 2012

Cinta yang tidak kesampaian

Assalamualaikum semua.

Bersama saya lagi dalam rancangan 'ketuk-ketuk ramadhan'.Rancangan no 1 di Malaysia.Apa ketuk-ketuk ramadhan?aku ketuk kepala kau baru tahu.Hehe.Tadi baru tengok cerita masak-masak.Hari ini dah hari ke 13 kita berpuasa so,lebih kurang 2 minggu lebih sikit kita nak raya.Yayyyyyyy!Actually,aku ada cerita nak story-mory nie.Kita tinggal dulu la ye cite pasal puasa dengan raya nie.Okey geng? Let's goooooo !




                    *******************************


Masa sekolah rendah memang aku brutal sikit.Sikit-sikit kawan dengan lelaki.Cakap pun macam kasar.Main pukul dengan lelaki itu perkara biasa apatah lagi duk berkejar satu koridor dengan lelaki.Itulah aku.Tapi sekarang aku dah jadi lemah-lembut,sopan-santun sampai pijak semut pun tak mati * bakal mak mertua alert pelisss BHAHAHA.Oppssss HEHE.Tapi aku berubah jadi lembut sikit bila ada sorang mamat baru pindah sekolah aku.Bagi aku,dia memang agak kacak hensem dan macho.( Describe tak boleh beragak lagi ) haha. Dah tu memang jodoh aku dengan dia kot tiba-tiba cikgu suruh dia masuk kelas aku.Aku pun macam wahhhhh excited gila kot tengok dia kot.Maklumlah dia yang paling hensem yang lain tak -.- .Nak dijadikan cerita masa mid-term exam kot aku dapat 3A dan dia pun dapat 3A .Aku bangga la dapat sama dengan dia kan.Lepastu cikgu rombak tempat duduk semua pelajar dalam kelas tu.Kata cikgu yang dapat banyak A duduk depan.Aku pun tak tahu apa motif cikgu tu yang banyak A duduk depan kesian yang dapat sikit A kena duduk belakang.Tak creative langsung cikgu nie.Tapi apepun aku dapat duduk sebelah dia.Woott wooott wooott.Lagi seronok lah aku.Bila cikgu tak ada aku borak-borak dengan dia,kadang-kadang aku tukar seat dengan dia,main dengan dia.Well,aku bet mesti ramai orang jeles dengan aku hahaha * Sile jeles*


Bila dah rapat dengan dia aku rasa macam aku jatuh cinta dengan dia.Budak darjah 6 dah pandai jatuh cinta kau.Apa cinta aku tak taw yang pasti aku suka dia.Disebabkan happy dengan rasa jatuh cinta ini,aku share lah dengan kawan rapat aku ( 2 orang ).Aku bagitahu la dorang yang aku minat gila dekat lelaki tu tapi janji jangan bagitahu orang lain.Alhamdulillah sampai sekarang kot tak ada orang tahu.Ntah-ntah kawan aku dah lupa? Lantak dia lahh.Kebahagian aku dengan lelaki tu diragut ( ayat macam dalam novel pelisss) sebab dia kena naik ke kelas depan sebab trial upsr dia dapat 4A.Aku masih ditakok lama 3A.Orang kata kalau kita suka kat seseorang jangan bagitahu orang lain,kalau tak mesti tak menjadi.So inilah hasilnya.Aku cerita kat kawan aku,then hubungan aku dengan lelaki tu dah tak menjadi.Macam bengong je kan nak salah kat kawan aku hahaha.Aku Sedihh.Nak pergi sekolah tak bersemangat jer padahal boleh kalau aku nak usha-usha * propa lebih*.Sejak tu aku dengan dia macam dah tak rapat pastu tegur-tegur cam gitu je.Yelah mesti dia nak kawan dengan budak kelas dia kan dan pasti aweks kat sana lagi cantik.ok fineeeee ! Hubungan aku dengan dia berlalu macam tu.Bila habis upsr habis la persahabatan kami.Sobssss.


Selepas 3 tahun,aku berhubung lagi dengan dia.Yayyy.Aku lupa aku mintak nombor dia dengan sapa.Main miscall then aku text terus.Biarlah perigi cari timba pon.Masa form 3 memang aku menggatal giler HAHA. Lepas dari haritu aku tak text dia sampai la form 4.Memang nak focus exam PMR kot.Form 4 memang honeymoon year.Memang berhoneymoon aku.Aku try text dia lagi.Sebab masa form4 dia masuk Sekolah Alam Shah macam susah sikit la.Sekolah asrama kan.Mana boleh bawak handfone.Suddenly *beep *beep bunyi mesej masuk and it was him.Sukanyaa aku.Time ni bulan puasa.Aku text dia macam lepas terawih then dalam pukul 3 pagi gitu aku tertido.Tak sempat nak reply mesej dia.Dia baru nak mesej sweet-sweet dengan aku haha ngengg.Kira nak cover balik salah aku,aku kejut dia sahur.


Lepas tu kitorang dah tak contact pun sebab masing-masing sibuk.Last year aku add dia kat fb then usha-usha gambar dia,owhhh dia dah ada awek.Ntah kenapa aku sedih.Mungkin sebab dia kawan rapat aku kot? Tak pe lah aku happy untuk dia :) Awak,kalau awak clash dengan awek awak,saya ada lagi taw.Still guna nombor lama BHAHA :)



                     *********************************



note : Aku terjiwang pulak tulis pasal-pasal cinta kat sini.Tapi tak cinta mana pun.Aku yang perasan lebih Kihkih.Tapi setiap kali ramadhan mesti aku teringat kisah ini.Sebab tu boleh terbuat entri ni. Happy reading :)




Sekian.LOve